Sunday, 23 March 2014

I found the key

20 days ago.
Saya rasa hari ini akan jadi hari yang katil dipenuhi tisu lencun. But seriously nope. 
Alhamdulillah Tuhan. I always pray to be given strength to go through this hard day.

This is ur day. Alhamdulillah once again. So its ended right?

Haha. Tak faham?

I'm talking about somebody. Used to be my boo. Used to be.
I'm happy for u. And i stalk ur fb just to see ur big day. Alhamdulillah, u doing fine. For some reason, i can't congrates u. 

How to overcome ur broken heart?
Just chillin with ur nice friend.
Tak perlu kawan baik. Just hanging with someone that can create smile onto ur face. 
Dan redha..And its works!!

Sometimes, kawan baik just make ur heart hurt. Maybe i'm wrong. But that happened to me. Kawan baik takkan mungkin buat u rasa comfortable all the time. Or maybe i tak jumpa lagi orang yang boleh make me feel comfortable all the time.

The key is, lepak dengan orang yang very funny and rasional to talk to. Someone yang boleh make u laugh tak ingat duka. Someone yang memang buat hati u geli geleman sampai nak sedih pun xde masa. 

Allah maha besar.

Percaya dengan qada' qada Nya.
He knows better.

Do u see sadness in my eyes?
Yeah. Once upon a time.
And i will find happiness soon.



Sunday, 9 February 2014

Izinkan saya bicara tentang kita yang semalam.

Demi malam yang romantik tak hengat ni (sebab dengar banyak lagu jiwang malam ni ), izinkan saya menaip tentang bicara kita semalam. 

Kita.
maknanya bukan saya sahaja.
awak juga ada sama.

masa kita bina angan-angan dulu yang maca ye-ye aje jadinya.
kita sekarang mungkin dh lupa apa ayat yang kita guna.
biasalah.
kita memang mudah lupa.
awak terutamanya
owh saya juga sama.
jadi ini tentang kita yang sama-sama lupa janji sesama kita.

Jadi awak,
izinkan saya bicara tentang kita yang semalam.

**tentang ini memang dh lama jadi draft dalam blog saya
sebab masa menaip saya selalu kemetot idea
saya simpan dulu
dengan harapan esok masanya tiba
tapi saya pula yang lupa
ye, saya yang pelupa.

tentang saya yang pelupa,
yang masih boleh menaip no tel awak walau dah lama tiada dalam list number saya.
saya masih melukis rupa bentuk rumah awak walau dah lama tak ke sana
saya selalu rasa berada di sisi awak tiap kali menjadi co-pilot seperti selalunya.
yang selalu jadi sebab mengapa saya suka menjadi big boss di belakang sahaja
dan sekarang,
malu pula rasa.
sebab saya ditinggalkan jua.
mungkin sebab terlalu setia.
lama-lama menjadi pengongkong pula
hingga awak lemas dan rasa saya mengada
dan ditambah dengan takdir tuhan
yang mahu kita sama-sama jumpa jodoh kita.
yang bukan-kita-berjodoh-berdua.

tentang awak yang pelupa,
selalu inbox saya dengan ayat i miss u
kadang2 sms saya tanya khabar selalu
seperti-dulu-dulu
sebelum saya tak lupa bertanya tentang dia yang punya awak
yang saya harap 'dia' itu adalah saya
tapi bukan
sebab dia tuhan berikan kepada awak untuk ganti saya yang bukan seperti sama kita harap
dan
selepas kita bercakap tentang dia
kita akan senyap sama-sama
hingga hari berikutnya pula chapter baru dibuka
dan berakhir dengan 'tentang dia' juga

hari ini kita sama-sama dungu
sebab rasa macam tiada apa cara lagi untuk kita seperti dulu
maksud saya keadaan kita-hubungan kita-akrab kita

seperti tiada jalan,

saya rasa,
sebab kita tiada jalan kerana ini takdir Tuhan.

kerana Dia mahu kita begini.

kita masih boleh begini.







Friday, 8 November 2013

Hey awak
asyik-asyik nak main dengan hati saya

minta saya,
tolong ye,
kalau kayu awak buruk
jangan bina tangga untuk saya
nanti saya dah daki terjatuh pula macamana?

hey awak,
rasa seronok ke?
buat saya kejap senyum kejap berduka
tabur janji merata-rata
sampai pula di lantai hati saya
lalu saya kutip saya simpan dalam almari kaca
saya pandang setiap hari dengan hati berbunga
tapi akhirnya dia layu buruk dan busuk pula
habis rumah saya perlu deep cleaning lama-lama.

awak,
hati saya besar untuk menyayang
tapi kalau dah ditembak-tembak di siat-siat
lama-lama cantiknya hilang buruknya ditayang
awak nak?

hey awak,
sila main jauh-jauh
saya sedang sibuk pasak tiang
jangan ganggu
biar saya siapkannya dulu
nanti kalau ribut ombak lalu
saya kekal di situ
rumah saya tak hancur macam dulu.

tolong ye.
awak.

Wednesday, 6 November 2013

My very basic knowledge.

Omaigad.
i baru update status kt fb telling my desire to pulun buat assignment but then i end up here!!
This is truly awesome when i got no idea to write an assignment then im writing blog. How special i am...muahahahahaha!! nampak benor malasnye =_=

No, actually im just checking my gmail to find out how many note i need to submit. Yes!!! Tak banyak. Around 5 notes. Kepala hotak tak banyak kan.

Because its 5 notes, so i change my mind. How about make it tomorrow morning. People said, buat kerja awal pagi, lepas subuh, idea banyak. So i hold that words. 

That is not the point why im here. Bila i return to fb, so i just scroll down the wall. Sampai terjumpa my favourite blogger punya wish selamat malam. Then i went to the page. Ok memang suka buka page dia sbb dia cantik. Serius. But not need to know who is she..SHE. HINT. HA HA HA.

Im not going to talk about HER. But the thing that make me wanna write this entry is about the comment i read. It is about solat.

Saya Islam. Solat itu wajib. Solat itu antara kita dengan Allah. Kan? Orang boleh judge kita based on our talk, pakaian, dengan siapa kita berkawan. Yeah! People like judging. Solat mereka malaikat catat sebagai kebaikan? Itu belum tentu. 

The comment that i read lebih kurang camni. "i colored my hair, pakai seksi, sling beg with shoes tapi i tetap solat."

Yeah darling. You're great!! 

Tapi darling, i pelik kenapa i istighfar bila i baca komen tu. I ingat satu benda. Solat mencegah kita dari berbuat perbuatan yang mungkar. Am i right? So i think hair colored is not something to be proud because ia tentu sah2 tidak buatkan kita sempurna wuduk. Ok let's say warna rambut tu HALAL. Halal is not the point, tapi mengubah ciptaan Allah itu point nya. I ingat masa sekolah dulu soalan ini pernah diajukan kepada ustaz. Tentang mewarna rambut. Ustaz cakap, memang warna rambut itu halal, tapi adakah air boleh mengalir melaluinya? Sama macam kita guna liquid paper. Benda tu halal tapi kalau terlekat di jari kene bersihkan dulu supaya wuduk boleh kene kulit. Lagi satu kalau kita makan makanan halal, kenapa kita masih perlu berkumur sebelum solat?? 

Im not the right person untuk bercakap pasal ni. But since its awal muharam, so why not kan.. just sharing my very own basic knowlegde pasal warna rambut. 

One thing to be remembered sampai bila-bila. Orang yang solatnya diterima Allah s.w.t ialah solat yang akan menjadikan dia insan yang baik. Insan yang baik ialah orang yang suka bersedekah, menjaga aurat, baik kepada kedua ibu bapa, jauh dari hasad dengki dan fitnah. Owh banyak sangat nak taip but this is basic k. Jadi cermin balik diri kita. Kita sempurna menutup aurat? Kalau tak, masih ada yang tak kene dengan solat kita. Dalam hati masih ada dengki dengan orang?? Kalau ada, masih ada yang tak kene dengan solat kita.

SOLAT TIANG AGAMA. Masya Allah kalau tiang masih tak sempurna bagaimana nak membina rumah.

Muhasabah diri sejenak. Ya Allah jauhilah kami daripada menjadi orang-orang yang mudah menjatuhkan hukuman kepada orang lain.

Maaf andai tersilap.
Saya pun masih membaiki diri. 
Azam tahun baru saya ialah untuk solat di awal waktu.
Rasa macam dah tua sangat untuk lengah-lengahkan solat padahal takde buat ape pun. 

Till see u then.
Assalamualaikum.

Owh jangan lupa singgah di page Ghadis chantek house-wardrobe and beauty store. Banyak item baru ada di sini.

wIth lOve ^.^











Friday, 25 October 2013

Just Writing.

Hello.
Assalamualaikum.

Great day is passing!

Jumaat yang penuh barakah. Firstly syukur Alhamdulillah for rezeki Kelantan mara ke peringkat akhir Piala Malaysia!! Yeay!! Tepuk ciket!. Jumpa Shah Alam nanti.

Minggu ni kehidupan like sewel and blur like seriously jadi camtu macam apehal la aku ni sebab banyak yang berlaku nothing as i expected. Tapi xpe, hidup bukan kita yang punya so live it well and sentiasa ucap syukur for all gifted.

Tonight, last call for my very own first program for this semester named Artistry in Food. Vogue tak nama? Google, tengok kamus tanya pakar sebelum taruk nama tu taw. First name dapat Food Photography tapi rasa macam ' ala tak glemer la' so i choose to change it! Last2 dapat la nama Artistry in Food ni. Maksudnya pun mendalam. Walaupun kita bukan student kulinari tapi seni dalam makanan tu penting taw. Itula identiti dan utk mouth watering. Makanan sedap tapi mata tak sedap tengok tak best jugak kan? Gitueee...

Then minggu ni ke-busy-an nya melampau-lampau sampai dinner makan maggi breakfast makan kerepek pisang je. Apedehal kan yang penting makan.Syukur. Syukur. Yang buat hidup kelam dan kabut ialah kerana saya membuat assignment sehari sebelum submit. Jadi tidurnya tidak cukup then badan saya penat-penat seperti buat kerja berat angkat beras berguni-guni (macam biasa pulak). Itula dia tahap penatnya di mana. Then bila tunjuk kat lecturer rupanya ada lagi yang perlu tambah dan ada pulak yang dia tak mahu panjang-panjang tapi kita tulis terlebih panjang. Like wat de betul...so ubah balik dengan passionate sampai tidur jam 3 pagi. Dan bertambah malang lagi esoknya ada test..wuhuuuu....memang toing toing la kepala ni. Lepas dah test tu pulak kita tak perasan dia suruh baca artikel yang dia bagi. Bila tengok soalan, like WHAT?? ada soalan pasal artikel ni?? Nebes betul. Apa lagi boleh buat selain bantai jela labu.

Then lepas test ingat dah relax la kan..rupanya the next class dapat assignment lagi. Kene buat research pulak. Gugur rerambut ni pikior pasai assignment. So no relax for this week. Next week pun sama. Isnin submit assignment lagi, selasa Majlis Penyampaian Hadiah untuk contestant program AF. Ada macam YB tak? Xde? Memang tak hengen pon. Eke ke ke ke ke.

Jus wanna say, xpe hidup busy dalam tempoh masa tertentu. Bila sampai masa yang tak sibuk kita akan hargai betul-betul. Sekarang tidur tak cukup but one day inila yang kita akan ingat. Serius ni. This is nothing compare to work life. Alam keje tu ada masa akan jadi horror. Terutamanya bila u olls buat silap. Kalau keje dalam bidang i olls ni, lagila horror. Sebab u jumpa client face to face then ur client can sembur u macam-macam without protection daripada boss because ur customer is ur salary..ha ha. Xde customer xde salary. Horror tak? kah kah!!. 

Ok then. C u one month from now. haha macam ye ye je.

Anyway tahniah Diana Amir yang telah pun selamat diijab kabul kan dengan pasangannya Habib. Semoga kekal hingga hujung nyawa. *love*

Dan tadi juga PM dah bentang bujet 2014. And untuk sekelian kalinya berlaku perang sms antara saya dan ex-boyfie. Sebab gula. Haha. Ala xde hal la gaduh. Dah ex pun. Tapi sentap jugak la. 

OK. Xiexie. Salam :)



Tuesday, 1 October 2013

Me in UUM.


One day in Perghlis. (perlis je)
Assalamualaikum.

It's been 4th weeks now since i came for my 5th semester.

Cepat je masa berlalu banyak sangat nak dibuat dan telah dibuat sampaikan tengok kalender and nganga! 4 weeks already? haha....

At home, as usual just keep online and sleep. That was totally different when i started my study life. Beginning from 1st week here my schedule was fix with activities. So many thing to be remember and of course so many thing i forgot.

Minggu pertama masuk, my first program was a night with student from Bunkyo University of Japan. Then on friday start proceed with my online business. Topup all the things needed. Then i joined entrepreneur day for my school club selling spaghetti. Last week i prepared my paperwork for the next program. Insha Allah, God willing 'Artistry in Food' will be run as schedule on this coming 6th October-29th October 2013.

Started on 29th September which is last Sunday, Alhamdulillah rezeki dari Tuhan I dpt opportunity to run a small booth representing my club SCOHOST (school of hospitality). They asked me to sell anything i want. Oh gosh! Totally my good fortune and of course i'll do my best.

But of course, rezeki perlu kongsikan. Since 2 tahun buat online business i knew that rezeki memang untuk dikongsi. So i invited 2 friends of mine untuk join sekali by giving capital sikit sorang so that they be my share partner not my staff or just working as tolong-menolong semata. Bila ada sharepartner everybody gained idea macam nak running large company. Memang beza gila dengan buat business sorang-sorang. Biasanya i tak rigid pasal total amount dapat setiap bulan because i knew setiap item dapat untung dalam jumlahnya sendiri. But bila buat partnership ni every 10 sen yang keluar akan dikira dengan tepat. Yelah untung & rugi bersama kan. Ada argument ada reject idea ada kecik hati sikit-sikit ada macam2 rasa lagi lah. Tapi, anggap saja itu pengalaman. Takkan dapat beli sekadar masuk kelas sahaja. Real situation itulah realitinya.

Btw, last week pun ada cerita sikit. First dating for SCOHOST and i met my old friend dari diploma dulu. She's now my junior. 2 tahun tak jumpa nampak lain kot. Ada weird sikit, ada curiosity on apa dia buat selama 2 tahun lebih ni and the reason why dia nak sambung study. Her nama Liang Ai Li. Hihi... Actually dah lama mesej2, chat2 on fb, calling2 because she needs to know a lot about UUM. I remembered first day she came UUM then at night she texted me said 'menyesal datang UUM' because UUM very big. Memang beza dengan politeknik. Then she get blurr by arranging her own class schedule. One thing u should know, once u came here, u need to know how to survive. I like this journey. I like this journey! I yakin, hidup memang macam roda. Susah sekarang, suatu hari akan senang. Which one u prefer? Susah dulu ke senang dulu? Make a wise choice. Now, of course she loves UUM =)
Owh lagi satu, during first dating, as a part of commitee we need to wear blazer. Then i borrow my friend's.
Bila balik dari program i melaram sepuas hati. Yela orang punya biasanya cantik...errrrkkk!!~!


Actually banyak sangat nak cerita sebab tiap2 hari ada je benda dibuat and rasa interesting nak dikongsi. Ada hari yang 2 hari tak tido gara-gara kopi. Alicafe (kuat! fahrin ahmad) and Kopiko L.A Coffe totally sesuai sesangat diambil masa final exam sebab dia hold mata tak kasi tido langsung. Maka pergilah kamu ke kelas tanpa tido di malam harinya hanya kerana kopi. Pastu petang tu panciittt macam orang baru balik perang dengan mata lebam macam keje kuat gila. Padahal tak tido tengok running man bukan buat apa pun. But seriously kalo malam jangan amek 2 kopi ni unless u memang tak nak tido. (maybe jugak lain orang lain kesannya)..

For the tudung, untuk save bujet kita jadi model sendiri...muahahahaha!!! Kredit to kawan2 yang sudi bantu ambil gambar tanpa upah. Sayam korang. Insha Allah rezeki lebih kita open table..

This is for my very own GCH my soul my heart.


Available in GCH.

This week memang terabai sedikit page sebab busy handling booth from 8am-5pm. Hope by next week dh boleh balance antara keduanya.

One day keluar jenjalan then we notice nice view here. Apalagi kite capture picture jap.

Ada macam retiss lambai peminat tak?
-muntah!-



Lagi satu nak cakap i love Perlis. Sebab suasana dia cantik sangat. Along the road nak pergi Kuala Perlis u olls akan disajikan dengan sawah padi yang menghijau. Gambar kat atas tu masa pergi Padang Besar, ada padang yang macam dalam iklan susu Anlene. (iklan dolu-dolu).

Here is sawah padi. Gigih meredah demi sekeping gambar.
-sebenarnya ada banyak gambar-
muahahahahaha!!! next time i tunjuk.


In front of Istana.
Tengah-tengah jalan.
Hebat tak?
Please say yes!


Ok thats all. Kedah pun suka jugak. Suasana Kedah macam Kelantan. Orangnya baik-baik dan cantik-cantik. Emmmm...nak cari calon suami orang kedah boley? Ok bai.

Assalamualaikum <3
TQ.


Wednesday, 11 September 2013

Bunkyo University, Japan

Assalamualaikum.

Mata dah ngantuk level 4. Tersengguk-sengguk kat meja ni ha. Tapi tak boleh tido lagi. Belum makan. Sambil2 nak jerang air masak maggi moh ler ana ceritakan sedikit tentang kunjungan daripada pelajar Bunkyo University of Japan.
Wow! Jepun tuuuuuu...........

Haha..iyele dari Jepun. Datang melawat kawasan. Bila tengok dorang ni macam terfikir pulak. Agaknya kita ni ada la sikit baka dorang sebabnya renek lebih kurang je. Ketinggian macam Melayu. Tapi dorang tak boleh cakap Melayu. Cakap henggeris pun ana kene pasang telinga besor-besor sebabnya henggeris dorang pun bunyi jepun. Dh tu acane? Angguk-angguk geleng-geleng aip aip aip (sambil tunduk badan). 

Ingat nak ushar la kan mana-mana yang rupa retiss sikit. Tapi aku lupa satu benda, manala aku tahu retiss Jepun ni. Yang aku tahu dragon ball jela. Itupun sebab masa kecik hari tu abang aku selalu bangun pagi semata-mata nak nengok dragon ball ada 7 biji semuanya. Lain-lain tadak tahu. 

Malam tu, majlis dibuat untuk derang kenal culture Malaysia. Apa lagi, ajk pakat cari orang melayu cina india buat persembahan. Multi-culture kan. Derang pun excited bukan main. Hambek gambar tak benti. Owh lagi satu, kami hidang makanan melayu kat derang. The sadis part was derang tak tahu cmne nak makan makanan tu. We provide nasi, ayam masak merah, ayam masak kurma, sambal udang, acar timun, dalca dan pisang. Punyala derang tertanya-tanya nak makan cmne so terpaksala kami tunjuk kat derang caranya. Nasi pulak kaler kuning memang pelik la kan. Sebab setahu aku kat jepun pun makan nasi jugak. Yang lembik sikit dari kita punya. Mestila dorang tahu cmno nak makan kan? Ke tak taw? Hahaha, comel2 bila blurr camtu.

Bila part derang buat persembahan, aku macam pelik sikit. Heh apebenda ni. Lama tuh baru aku perasan rupanya derang tunjukkan gambar2 animasi dari negara dorang. Aku dah heran nape semua pakat gelak. Aku buat-buat gelak la jugak last-last baru aku tahu penonton gelak sebabnya tengok topeng kartun yang bebudak jepun tu tunjuk. Aku ingatkan kenapa dorang bawak mask bagai naik pentas. Ingatkan masqurate night ke hape rupanya kartun...hahahha. atoiiiiyai.
Pastu nampak macam menarik sangat hape lagi amek gambor ler ngn mask tu.. aku pun tak tahu apa nama benda ni...



Dah posing dengan topeng moh ler kite amek gambau dengan mereka seketika.

Ok gambar ni nampak aku rendang je kan. Hoi jangan salah faham sebenarnya time ni aku ngah bengkokkan kaki nak kasi orang belakang nampak full. Sebab kimono deme comey..teringin nak pakai...muehehehhehehe.....

Nah ini bukti aku tak pendek sangat. Berdiri sama tinggi duduk sama rendah. Derang comel, cool, manis dan nampak kebudayaan jepun tu. Orang timur memang sopan kan. Yang jadi tak sopannya sebab duk terikut mau jadi hollywood. Betul tak kawan-kawan!!? Betul tak?!!! Give 5 siket!


Masa balik sempat berbai-bai je. Nak mintak no tepon memang aku tak tepon la. Nak mintak facebook malu plak..jadi kita saling bagi senyuman jela. Dapat pahala..

Nah amek gambar peace ni. 
Terima kasih :)