Wednesday, 11 September 2013

Bunkyo University, Japan

Assalamualaikum.

Mata dah ngantuk level 4. Tersengguk-sengguk kat meja ni ha. Tapi tak boleh tido lagi. Belum makan. Sambil2 nak jerang air masak maggi moh ler ana ceritakan sedikit tentang kunjungan daripada pelajar Bunkyo University of Japan.
Wow! Jepun tuuuuuu...........

Haha..iyele dari Jepun. Datang melawat kawasan. Bila tengok dorang ni macam terfikir pulak. Agaknya kita ni ada la sikit baka dorang sebabnya renek lebih kurang je. Ketinggian macam Melayu. Tapi dorang tak boleh cakap Melayu. Cakap henggeris pun ana kene pasang telinga besor-besor sebabnya henggeris dorang pun bunyi jepun. Dh tu acane? Angguk-angguk geleng-geleng aip aip aip (sambil tunduk badan). 

Ingat nak ushar la kan mana-mana yang rupa retiss sikit. Tapi aku lupa satu benda, manala aku tahu retiss Jepun ni. Yang aku tahu dragon ball jela. Itupun sebab masa kecik hari tu abang aku selalu bangun pagi semata-mata nak nengok dragon ball ada 7 biji semuanya. Lain-lain tadak tahu. 

Malam tu, majlis dibuat untuk derang kenal culture Malaysia. Apa lagi, ajk pakat cari orang melayu cina india buat persembahan. Multi-culture kan. Derang pun excited bukan main. Hambek gambar tak benti. Owh lagi satu, kami hidang makanan melayu kat derang. The sadis part was derang tak tahu cmne nak makan makanan tu. We provide nasi, ayam masak merah, ayam masak kurma, sambal udang, acar timun, dalca dan pisang. Punyala derang tertanya-tanya nak makan cmne so terpaksala kami tunjuk kat derang caranya. Nasi pulak kaler kuning memang pelik la kan. Sebab setahu aku kat jepun pun makan nasi jugak. Yang lembik sikit dari kita punya. Mestila dorang tahu cmno nak makan kan? Ke tak taw? Hahaha, comel2 bila blurr camtu.

Bila part derang buat persembahan, aku macam pelik sikit. Heh apebenda ni. Lama tuh baru aku perasan rupanya derang tunjukkan gambar2 animasi dari negara dorang. Aku dah heran nape semua pakat gelak. Aku buat-buat gelak la jugak last-last baru aku tahu penonton gelak sebabnya tengok topeng kartun yang bebudak jepun tu tunjuk. Aku ingatkan kenapa dorang bawak mask bagai naik pentas. Ingatkan masqurate night ke hape rupanya kartun...hahahha. atoiiiiyai.
Pastu nampak macam menarik sangat hape lagi amek gambor ler ngn mask tu.. aku pun tak tahu apa nama benda ni...



Dah posing dengan topeng moh ler kite amek gambau dengan mereka seketika.

Ok gambar ni nampak aku rendang je kan. Hoi jangan salah faham sebenarnya time ni aku ngah bengkokkan kaki nak kasi orang belakang nampak full. Sebab kimono deme comey..teringin nak pakai...muehehehhehehe.....

Nah ini bukti aku tak pendek sangat. Berdiri sama tinggi duduk sama rendah. Derang comel, cool, manis dan nampak kebudayaan jepun tu. Orang timur memang sopan kan. Yang jadi tak sopannya sebab duk terikut mau jadi hollywood. Betul tak kawan-kawan!!? Betul tak?!!! Give 5 siket!


Masa balik sempat berbai-bai je. Nak mintak no tepon memang aku tak tepon la. Nak mintak facebook malu plak..jadi kita saling bagi senyuman jela. Dapat pahala..

Nah amek gambar peace ni. 
Terima kasih :)




Saturday, 7 September 2013

Chiffon 3 layer

Assalamualaikum.

Di GCH ada 26 koleksi warna chiffon 3 layer yang comel-comel. Our target customers are those yang sukakan warna but not too crowded. Because i am myself kadang-kadang bila nak pakai tudung tingkat-tingkat ni fikir 'it is suitable'. Why3?

Because kepala ni dah fikir, tudung tingkat-tingkat ni ala-ala mak datin atau golongan2 yang suka melaram. Kelas mak. Pakai tudung tingkat2. Jadi, sebab i tak suka yang jenis mewah sangat, i decided to sell tudung 3 layer but with plain chiffon.

It is suitable untuk pakai seharian. Takdela orang nak cakap 'wah, cantik tudung dia' sambil senyum2 sebabnya tudung tak sesuai. Yela pakai time jogging mana nak sesuai kan. Gila kau nak pakai time jogging. Pakai pegi gym ok jugak (hahahahhahahaha).

Nope, actually this is special utk orang yang nak nampak elegen but not overshhh..  Sesuai juga untuk student. Plain but nice. Because i tak suka student yang pakai tudung mahal2 mengalahkan lecturer. Memangla beli ngan duit dia sendiri but then macam tak nice la kan...juz pendapat peribadi. :)

U olls boleh purchase kat sini. Jemput-jemput cuci mata.


Untuk tengok koleksi boleh tengok kat album ni

Harga RM15 sahaja untuk sehelai belum termasuk pos. Harga pos cam biasa ikut harga yang termaktub di poslaju Malaysia.

U olls pm nanti ada admin yang akan reply.

Jemput shopping. Nah hambek sikit gambarnye..




Ada lebih banyak koleksi di page. Boleh lawat page ok. 

Material: Chiffon.
Chiffon bukan jenis yang kain keras nak lap peluh pun tak selera oke. Yang ni kain memang lembut. Nape murah? La tanya pulak. Sebab kita sincere sungguh nak meniaga jadi kita buat sendiri. Boleh la jual murah. wink! wink!

Dengan itu, terima kasih ^_^

Friday, 6 September 2013

Nak promo siket boleh

boleh la ye..kire aci je.

Kite punya page sekarang dah ada macam-macam. Related to girls la. Page tu pun nama GHaDis cHantEk hOusE (GCH) - wardrobe and beauty store. Wah kaler pink lagi. Sukee.....

Dulu jual sikit-sikit yang murah-murah harga mampu milik untuk student. Now Alhamdulillah rezeki dari Allah boleh tambah produk yang demand lebih tinggi. Syukran Ya Allah.

Tak mahu nak cerita panjang. Jom check apa benda la cik zanna jual ye


AURAWHITE
AURASHINE
THANAKA POWDER 110GM
MYRACLES BEAUTY FACIAL COLLAGEN SPRAY
EMILAY WHITENING CLEARSPOT USA
EMILAY COLLAGEN PREMIUM USA
ADVANCE SLIM
MAIXARA C-SENTIAL
MAIXARA WHITE ESSENTIAL
SHAKE N TAKE
EASY SLIM LOTION
FLORAL MASK
FIGURE UP

Saya juga adalah agen untuk produk COSMODERM. Jadi kalau u olls nak cuba boleh la pm je kat page atau sms k. Ada lebih 20 produk dari jenama Cosmoderm ada jual di sini.

Lagi satu, kadang-kadang ada juga stok tudung masuk. Ada halfmoon dan tudung awning. Ada juga stok bawal. Tapi bawal dalam pembikinan...hehehe.. bawal akan diupdate dalam masa terdekat. Honestly tudung bawal ni memang dah banyak kat pasaran. Jadi target customer kite untuk pari-pari yang malas nak pusing kedai. So boleh la pusing2 mata kat page. Nanti buat payment kite deliver serta merta ya. Servis memang tiptop. Believe me bebeh. Kaler bawal nanti memang cantik-cantik agak susah nak dapat warna ni kt pasaran. Nanti check ye. Bila dah upload kite inform. Kalau kite tak inform awak-awak boleh la jenguk2 page kite. Nak tanya pasal produk boleh do so kat sane. Reply within 24 hours. Kalo i olls nampak pm as soon as possible akan reply. Kalo lambat reply means i olls ada kelas.

Produk memang akan di tambah dari semasa ke semasa. Next week akan ada produk baru lagi. In sha Allah kalau ada rezeki.

Nanti kalau terasa nak mencuba boleh la rojer2. 

Thank you geng.



Tuesday, 3 September 2013

Bakal peniaga online

perlu tahu, buat business online ni bukan sesenang yang dilihat. Korang tak pernah cuba, memang korang takkan tahu. Nampak macam simple, post gambar, copy testimoni, jawab soalan yang biasa orang tanya. Boleh belajar senang je pasal produk. Apa susah, memang suplier dh bagitahu apa kelebihan dan cara guna. Kita just inform kat bakal customer sejibik macam boss cakap jela kan. Apa yang susahnya? (peluk bahu mata ke atas bibir mencebik)

Assalamualaikum. Ingat senang macam tu? Dah tu tiap kali post gambar dapat income ke? Tidak sama sekali ye tuan tuan dan puan puan. Tapi takpe, aku takkan cerita pasal pengalaman susahnya buat online business. Sebaliknya aku akan bagi semangat kat korang yang baru nak mula untuk terus kuat.

Apa yang aku lihat, dah ramai kawan aku cuba berjinak-jinak dengan bisnes ni. Kebanyakannya student sebab nak cari side income. Betol tak? Macam aku jugak. Mana cukup wey duit ptptn utk sara 1 sem. Nak makan, assignment, top-up, top-up, top-up, beli baju, tengok wayang, tengok konset lagi, tiket ulang-alik balik kampung bagai. Kalau ikutkan hati yang nak itu ini dalam masa sebulan je duit ptptn bagi boleh licin. Masa tu memang tak ingat la duit tu kene bayar bukannya bapak bagi free. Ye dak?

Ok ok jom story pasal online business. Bisnes ni ada 2 jenis. Samada ko jadi orang tengah jual barang orang (dropship) atau ko beli barang pastu ko jual balik. Dua2 ni aku buat. Walaweyh tamak tol. Sebenarnya macam ni. Aku peniaga kecilan je pun. Jadi sebelum aku ambil dalam kuantiti banyak mestila aku kene tengok market macam mana. Aku kaji-kaji dulu. Ringkasnya, kalau demand tinggi barula aku beli banyak buat stok. Takdela ambil masa lama sangat nak pusing modal kan. Maknanya jual barang yang demand memang tinggi. Masa mula-mula start dulu memang aku jenis beli barang borong. Menyesal pun ada tapi itu pengalaman yang tak boleh lupa. Biasala bisnes memang ada risiko.

Nyesal kenapa? Sebabnya modal keluar banyak tapi barang tak jalan. Itu pengalaman paling berharga aku dapat sepanjang buat online business ni. Punyala excited aku amek stok banyak-banyak sebab itu produk baru yang bakal hot. Kiranya aku nak jadi antara orang terawal yang jual produk tu. Tapi nak buat cmne takde rezeki. Duit burn barang tak sampai separuh pun terjual. Sedih wey.... huk!huk!nanes. Sampai sekarang produk tu tersimpan rapi dalam kotak kat rumah. Tak larat nak promote memang takde sape nak beli. Sob sob.

Apa yang aku nak gtau kat sini wahai bakal-bakal peniaga online especially yang xde modal sangat. Bila korang dah start, teruskan usaha tu. Jangan berhenti separuh jalan. Bila korang promote barang tapi takde sape yang membeli, tapi bagi perli je, jangan give-up. Teruskan usaha. Teruskan meneroka barang apa yang customer nak sekarang ni. Korang takkan kaya hanya dengan 1 bulan menjual online. Tempoh satu bulan hanyalah tempoh untuk korang gtau kat kawan2 yang korang sekarang ada bisnes online. Janganla malu. Nak cari rezeki kan. Believe me, kalo korang tak mudah give-up, income 4 angka dalam tangan setiap bulan. Usaha kenela lebih der. Usaha ciput dapat siput la. Usaha gigih dapat gajah. Kalo korang betul2 serius, bukannya buat sebagai side income, MasyaAllah mesti 5 angka pendapatan korang. Percayalah. Zaman sekarang memang zaman it. Semua benda boleh dapat di hujung jari. Rakyat dah open walaupun ramai jugak penipu2 yang ada tapi lagi ramai yang jujur berniaga untuk sara keluarga. Macam aku. EHE.

Syarat pertama korang kene taat ialah usaha. Takde usaha takde duit. Takde duit xde live la. Camno nak berjimba kalo duit takde. Nak harapkan boifren? Alhamdulillah kalo boifren u olls baik budi nak sara setiap hari. Apa ingat deme bodoh! Sehari dua ok lagi kalo dh tiap-tiap hari korang makan duit deme kene tinggal tepi jalan la jawabnye. Astagfirullah....

Lagi satu KREATIF. Tiap kali promote janganla ko copy ayat sama je. Buat la ayat2 menyentuh kalbu sikit. Kita kan nak pikat customer. Mestila menggoda. Menggoda disini bukanlah maksud ko mesti terkinja-kinja pujuk orang beli barang kau, tapi ia adalah sejenis ayat yang boleh buat orang percaya barang kau memang kualiti tiptop. Paham?

Aku pun tak reti nak senaraikan ciri-ciri peniaga online ni. Tapi kalau ikutkan dengan cara aku, banyak jugak la kene korbankan. Masa tidur, masa seronok, tenaga, masa tengok tv. MASA. Kene spend banyak MASA depan laptop korang. Yang penting jugak, jgn sesekali pos barang kalau customer belum bayar. Nanti kang jadi kes pembeli menipu penjual. Jangan tak cayo memang dah banyak kes dari teman2 aku. AKu? Alhamdulillah tak pernah kene sebabnya aku mata duitan. Kau bagi duit kau dapat barang. Bayaran didahulukan, pendapatan diutamakan.Giteww...

OK ok, sebenarnya banyak lagi nak taip. Sebab dh panjang sangat jadi aku benti dulu. Dah lebih 2000 words agaknye.

Last words, bila korang memang suka buat bisnes, teruskanlah. Jangan buat separuh jalan. Nak bina rumah biar sampai siap. Lagipun perniagaan kan 9/10 punca rezeki. Polish bakat berniaga nanti dh tua dah pencen boleh start bisnes besar dengan duit simpanan. Insya Allah kalau umur panjang la ye..Amin Amin.

Thanks.

Assalamualaikum.

Btw jangan lupa lawat and support page aku ye. Gracias. Xiexie.

https://www.facebook.com/pages/GHaDis-cHantEk-hOusE-GCH-wardrobe-and-beauty-store/339855912696897?ref=br_tf