Assalamualaikum.
Bila tiba hari raya~
Semua insan bergembira~
lalalalalalala~~~~~~
Tak perlu nyanyi lirik seterusnya sebab nanti mood bertukar sedih pulak.
Just nak story sikit, the whole night saya berjaga just to make biskut raya. I just expect buat biskut as try and error sebab tak pernah buat. Sepanjang nak buat biskut raya, agak lama jugak ambil masa untuk fikir biskut mana nak buat dulu kan. Sebab resipi google serius banyak banyak banyak sampai pening tak tahu nak start dengan biskut mana satu.
Tapi last-last saya ambil keputusan untuk try dengan almond london dan crystal suji dulu sebab method dia simple dimple. 1 resipi bahagi dua. Sebab nak try and error kan...sebenarnya memang dah tahu akan jadi error...miahahahaha!
Almond london memang biskut wajib ada tiap-tiap tahun. 100% dari kedai. Owh, sebenarnya memang tiap-tiap tahun dari kedai tahun ni je rajin sikit nak membuat sebab jobless kan. Kenela tunjuk rajin kurangkan sikit rasa bersalah sebab tak membantu meningkatkan taraf kewangan keluarga.
Ini rupa dia.
Jadi tak? Jadi tak?
Yang best bila buat homemade ni ialah kita boleh kurangkan manis dalam makanan. Hasilnya, almond london ini ialah spesis yang kurang manis and full with badam!
Sebenarnya almond london akan lebih berseri kalau paper cup warna hitam. Take note ye.
Selepas dah siap almond london, mata pun dah minta-minta lelap, kepala pun dah minta-minta bantal. Tapi cik kiah terkejut la. Rupanya dah pukul 2.30 pagi. (apehal jadi cik kiah pulak?).
Baru siap 1 biskut. Lama nau nak siapkan padahal simple je. Kalaulah biskut yang agak2 susah tu mau 1 hari nak siapkan.
Sebab mata dah ngantuk, jadi kene cari ubat tahan ngantuk. Apa diakah ubatnya?? Hah?
Sebenarnya untuk hilangkan ngantuk saya perlukan muzik je. Jadi, on radio pepagi buta. Dengar lagu semata-mata sebab dj semua dah tidur lena. Yang bestnya, most of the song adalah lagu raya. Hooray! Hooray!. Berkobar nak buat biskut raya. Serius!
Hati girang gembira. Buat la dengan penuh relax dan confident nya. Crystal suji.
Dalam perancangan biskut crystal suji akan jadi macam ni.
Cantik kan? Bercahaya gitu...
Tapi kita kene ingat, yang dirancang itu tak semestinya menjadi kenyataan.
First, pewarna ada dua je. Biru dan kuning. So, hentam sajolah hai.
Tapi, bukan pewarna yang buat biskut tu berubah rupa secara total.
Apakah yang jadi?
Ini dia.
| Biskut suji cik kiah |
Cracked, leper, hangit.
Complete set.
Rasa malu pulak nak ngaku saya ex student hotel & katering. Ini cikgu tak ajar ye. Jadi bukan salah cikgu mendidik.
Rasa dia? Ini lagi syok. Manis weyh!!!!
Wallah. Bukan main kat biskut almond london kurang manis kan. Dapat kat suji perggghhh boleh buat air teh secawan.
Apa-apa pun yang jadi, tetaplah saya akan telan semua biskut ni. Ini adalah hasil tangan saya. Ecehh...
Disini saya nak berpesan, kepada yang tak pernah buat biskut and planned to make cookies this hari raya, buat awal-awal taw. Anggap la kita newbies, kene try-try dulu. Jangan make it like a pro!. Nyesal nanti plus rugi bahan-bahan. Haha..
Anyway, this is valuable experience. Memang macam guideline la nanti takde la poyo sangat nak buat biskut. Lepas ni confirm time sukat bahan-bahan kene tajamkan mata untuk pastikan ianya betul-betul accurate.
Jadi, gunakan masa untuk buat biskut yang sedap untuk tetamu di rumah anda.
Yihaaa!!!
Salam :)



