Wednesday, 18 June 2014

Universiti Best.

Assalamualaikum and happy good day.

Lip lap lip lap dah hampir 3 tahun di sini. Almost 3 years jadi orang utagha and i can understand and speak utagha well.. (perasan ok).

Well, tak tahu la kenapa but suprisely mana-mana pergi pun terasa macam stay kat negeri sendiri. I'm from Kelantan. Masa buat diploma dulu 3 tahun di Melaka and so many Kelantanese there sampai rasa alaah xyah r nak poyo cakap Kolumpo sebab everybody can understand Kelantan what?

Yes, sepanjang 3 tahun kat Melaka, pegi kedai makan beriya nak mengode (order) but last2 sang waiter tu cakap Kelantan juga. Same here in Kedah. Maybe sebab near to Thailand so i guest orang Thai can speak pure Kelantan rather than Kedah punya loghat.

Btw, i have another 3 days here. Wahh cepatnya masa. Next month dah start praktikal. Next 6 month would become employee..InshaAllah. My prosperity year. Banyak sangat kenangan yang penting untuk diingati. I kenal banyak ragam, banyak jenis orang daripada yang perangai annoying MashaAllah kepada a good friend yang always willing to help.

Dalam hidup ni, paling penting hati kene keras. Tambahan pula untuk hotelier like me. Hati keras bukanlah bermakna kita tak boleh jaga sensitiviti orang tapi kurangkan expectation orang perlu jaga hati kita. Kalau sikit-sikit nak sentap memang tak syok la hidup. Why bother nak kisahkan sangat tentang cakap-cakap orang selagi kita tak buat salah? I mean, u first kene tahu la benda tu salah ke tidak. Kalau dah salah and people tegur just accept and improve. Kalau tak salah, let it go lah. Tak syok kalau sikit-sikit nak ambil hati.

Anyway, jom hidup dengan gembira.
Remember ur creator, remember ur parent, rememeber ur good friend.
Sangat indah hidup ni. InshaAllah.

Salam :)


Sunday, 23 March 2014

I found the key

20 days ago.
Saya rasa hari ini akan jadi hari yang katil dipenuhi tisu lencun. But seriously nope. 
Alhamdulillah Tuhan. I always pray to be given strength to go through this hard day.

This is ur day. Alhamdulillah once again. So its ended right?

Haha. Tak faham?

I'm talking about somebody. Used to be my boo. Used to be.
I'm happy for u. And i stalk ur fb just to see ur big day. Alhamdulillah, u doing fine. For some reason, i can't congrates u. 

How to overcome ur broken heart?
Just chillin with ur nice friend.
Tak perlu kawan baik. Just hanging with someone that can create smile onto ur face. 
Dan redha..And its works!!

Sometimes, kawan baik just make ur heart hurt. Maybe i'm wrong. But that happened to me. Kawan baik takkan mungkin buat u rasa comfortable all the time. Or maybe i tak jumpa lagi orang yang boleh make me feel comfortable all the time.

The key is, lepak dengan orang yang very funny and rasional to talk to. Someone yang boleh make u laugh tak ingat duka. Someone yang memang buat hati u geli geleman sampai nak sedih pun xde masa. 

Allah maha besar.

Percaya dengan qada' qada Nya.
He knows better.

Do u see sadness in my eyes?
Yeah. Once upon a time.
And i will find happiness soon.



Sunday, 9 February 2014

Izinkan saya bicara tentang kita yang semalam.

Demi malam yang romantik tak hengat ni (sebab dengar banyak lagu jiwang malam ni ), izinkan saya menaip tentang bicara kita semalam. 

Kita.
maknanya bukan saya sahaja.
awak juga ada sama.

masa kita bina angan-angan dulu yang maca ye-ye aje jadinya.
kita sekarang mungkin dh lupa apa ayat yang kita guna.
biasalah.
kita memang mudah lupa.
awak terutamanya
owh saya juga sama.
jadi ini tentang kita yang sama-sama lupa janji sesama kita.

Jadi awak,
izinkan saya bicara tentang kita yang semalam.

**tentang ini memang dh lama jadi draft dalam blog saya
sebab masa menaip saya selalu kemetot idea
saya simpan dulu
dengan harapan esok masanya tiba
tapi saya pula yang lupa
ye, saya yang pelupa.

tentang saya yang pelupa,
yang masih boleh menaip no tel awak walau dah lama tiada dalam list number saya.
saya masih melukis rupa bentuk rumah awak walau dah lama tak ke sana
saya selalu rasa berada di sisi awak tiap kali menjadi co-pilot seperti selalunya.
yang selalu jadi sebab mengapa saya suka menjadi big boss di belakang sahaja
dan sekarang,
malu pula rasa.
sebab saya ditinggalkan jua.
mungkin sebab terlalu setia.
lama-lama menjadi pengongkong pula
hingga awak lemas dan rasa saya mengada
dan ditambah dengan takdir tuhan
yang mahu kita sama-sama jumpa jodoh kita.
yang bukan-kita-berjodoh-berdua.

tentang awak yang pelupa,
selalu inbox saya dengan ayat i miss u
kadang2 sms saya tanya khabar selalu
seperti-dulu-dulu
sebelum saya tak lupa bertanya tentang dia yang punya awak
yang saya harap 'dia' itu adalah saya
tapi bukan
sebab dia tuhan berikan kepada awak untuk ganti saya yang bukan seperti sama kita harap
dan
selepas kita bercakap tentang dia
kita akan senyap sama-sama
hingga hari berikutnya pula chapter baru dibuka
dan berakhir dengan 'tentang dia' juga

hari ini kita sama-sama dungu
sebab rasa macam tiada apa cara lagi untuk kita seperti dulu
maksud saya keadaan kita-hubungan kita-akrab kita

seperti tiada jalan,

saya rasa,
sebab kita tiada jalan kerana ini takdir Tuhan.

kerana Dia mahu kita begini.

kita masih boleh begini.







Friday, 8 November 2013

Hey awak
asyik-asyik nak main dengan hati saya

minta saya,
tolong ye,
kalau kayu awak buruk
jangan bina tangga untuk saya
nanti saya dah daki terjatuh pula macamana?

hey awak,
rasa seronok ke?
buat saya kejap senyum kejap berduka
tabur janji merata-rata
sampai pula di lantai hati saya
lalu saya kutip saya simpan dalam almari kaca
saya pandang setiap hari dengan hati berbunga
tapi akhirnya dia layu buruk dan busuk pula
habis rumah saya perlu deep cleaning lama-lama.

awak,
hati saya besar untuk menyayang
tapi kalau dah ditembak-tembak di siat-siat
lama-lama cantiknya hilang buruknya ditayang
awak nak?

hey awak,
sila main jauh-jauh
saya sedang sibuk pasak tiang
jangan ganggu
biar saya siapkannya dulu
nanti kalau ribut ombak lalu
saya kekal di situ
rumah saya tak hancur macam dulu.

tolong ye.
awak.

Wednesday, 6 November 2013

My very basic knowledge.

Omaigad.
i baru update status kt fb telling my desire to pulun buat assignment but then i end up here!!
This is truly awesome when i got no idea to write an assignment then im writing blog. How special i am...muahahahahaha!! nampak benor malasnye =_=

No, actually im just checking my gmail to find out how many note i need to submit. Yes!!! Tak banyak. Around 5 notes. Kepala hotak tak banyak kan.

Because its 5 notes, so i change my mind. How about make it tomorrow morning. People said, buat kerja awal pagi, lepas subuh, idea banyak. So i hold that words. 

That is not the point why im here. Bila i return to fb, so i just scroll down the wall. Sampai terjumpa my favourite blogger punya wish selamat malam. Then i went to the page. Ok memang suka buka page dia sbb dia cantik. Serius. But not need to know who is she..SHE. HINT. HA HA HA.

Im not going to talk about HER. But the thing that make me wanna write this entry is about the comment i read. It is about solat.

Saya Islam. Solat itu wajib. Solat itu antara kita dengan Allah. Kan? Orang boleh judge kita based on our talk, pakaian, dengan siapa kita berkawan. Yeah! People like judging. Solat mereka malaikat catat sebagai kebaikan? Itu belum tentu. 

The comment that i read lebih kurang camni. "i colored my hair, pakai seksi, sling beg with shoes tapi i tetap solat."

Yeah darling. You're great!! 

Tapi darling, i pelik kenapa i istighfar bila i baca komen tu. I ingat satu benda. Solat mencegah kita dari berbuat perbuatan yang mungkar. Am i right? So i think hair colored is not something to be proud because ia tentu sah2 tidak buatkan kita sempurna wuduk. Ok let's say warna rambut tu HALAL. Halal is not the point, tapi mengubah ciptaan Allah itu point nya. I ingat masa sekolah dulu soalan ini pernah diajukan kepada ustaz. Tentang mewarna rambut. Ustaz cakap, memang warna rambut itu halal, tapi adakah air boleh mengalir melaluinya? Sama macam kita guna liquid paper. Benda tu halal tapi kalau terlekat di jari kene bersihkan dulu supaya wuduk boleh kene kulit. Lagi satu kalau kita makan makanan halal, kenapa kita masih perlu berkumur sebelum solat?? 

Im not the right person untuk bercakap pasal ni. But since its awal muharam, so why not kan.. just sharing my very own basic knowlegde pasal warna rambut. 

One thing to be remembered sampai bila-bila. Orang yang solatnya diterima Allah s.w.t ialah solat yang akan menjadikan dia insan yang baik. Insan yang baik ialah orang yang suka bersedekah, menjaga aurat, baik kepada kedua ibu bapa, jauh dari hasad dengki dan fitnah. Owh banyak sangat nak taip but this is basic k. Jadi cermin balik diri kita. Kita sempurna menutup aurat? Kalau tak, masih ada yang tak kene dengan solat kita. Dalam hati masih ada dengki dengan orang?? Kalau ada, masih ada yang tak kene dengan solat kita.

SOLAT TIANG AGAMA. Masya Allah kalau tiang masih tak sempurna bagaimana nak membina rumah.

Muhasabah diri sejenak. Ya Allah jauhilah kami daripada menjadi orang-orang yang mudah menjatuhkan hukuman kepada orang lain.

Maaf andai tersilap.
Saya pun masih membaiki diri. 
Azam tahun baru saya ialah untuk solat di awal waktu.
Rasa macam dah tua sangat untuk lengah-lengahkan solat padahal takde buat ape pun. 

Till see u then.
Assalamualaikum.

Owh jangan lupa singgah di page Ghadis chantek house-wardrobe and beauty store. Banyak item baru ada di sini.

wIth lOve ^.^











Friday, 25 October 2013

Just Writing.

Hello.
Assalamualaikum.

Great day is passing!

Jumaat yang penuh barakah. Firstly syukur Alhamdulillah for rezeki Kelantan mara ke peringkat akhir Piala Malaysia!! Yeay!! Tepuk ciket!. Jumpa Shah Alam nanti.

Minggu ni kehidupan like sewel and blur like seriously jadi camtu macam apehal la aku ni sebab banyak yang berlaku nothing as i expected. Tapi xpe, hidup bukan kita yang punya so live it well and sentiasa ucap syukur for all gifted.

Tonight, last call for my very own first program for this semester named Artistry in Food. Vogue tak nama? Google, tengok kamus tanya pakar sebelum taruk nama tu taw. First name dapat Food Photography tapi rasa macam ' ala tak glemer la' so i choose to change it! Last2 dapat la nama Artistry in Food ni. Maksudnya pun mendalam. Walaupun kita bukan student kulinari tapi seni dalam makanan tu penting taw. Itula identiti dan utk mouth watering. Makanan sedap tapi mata tak sedap tengok tak best jugak kan? Gitueee...

Then minggu ni ke-busy-an nya melampau-lampau sampai dinner makan maggi breakfast makan kerepek pisang je. Apedehal kan yang penting makan.Syukur. Syukur. Yang buat hidup kelam dan kabut ialah kerana saya membuat assignment sehari sebelum submit. Jadi tidurnya tidak cukup then badan saya penat-penat seperti buat kerja berat angkat beras berguni-guni (macam biasa pulak). Itula dia tahap penatnya di mana. Then bila tunjuk kat lecturer rupanya ada lagi yang perlu tambah dan ada pulak yang dia tak mahu panjang-panjang tapi kita tulis terlebih panjang. Like wat de betul...so ubah balik dengan passionate sampai tidur jam 3 pagi. Dan bertambah malang lagi esoknya ada test..wuhuuuu....memang toing toing la kepala ni. Lepas dah test tu pulak kita tak perasan dia suruh baca artikel yang dia bagi. Bila tengok soalan, like WHAT?? ada soalan pasal artikel ni?? Nebes betul. Apa lagi boleh buat selain bantai jela labu.

Then lepas test ingat dah relax la kan..rupanya the next class dapat assignment lagi. Kene buat research pulak. Gugur rerambut ni pikior pasai assignment. So no relax for this week. Next week pun sama. Isnin submit assignment lagi, selasa Majlis Penyampaian Hadiah untuk contestant program AF. Ada macam YB tak? Xde? Memang tak hengen pon. Eke ke ke ke ke.

Jus wanna say, xpe hidup busy dalam tempoh masa tertentu. Bila sampai masa yang tak sibuk kita akan hargai betul-betul. Sekarang tidur tak cukup but one day inila yang kita akan ingat. Serius ni. This is nothing compare to work life. Alam keje tu ada masa akan jadi horror. Terutamanya bila u olls buat silap. Kalau keje dalam bidang i olls ni, lagila horror. Sebab u jumpa client face to face then ur client can sembur u macam-macam without protection daripada boss because ur customer is ur salary..ha ha. Xde customer xde salary. Horror tak? kah kah!!. 

Ok then. C u one month from now. haha macam ye ye je.

Anyway tahniah Diana Amir yang telah pun selamat diijab kabul kan dengan pasangannya Habib. Semoga kekal hingga hujung nyawa. *love*

Dan tadi juga PM dah bentang bujet 2014. And untuk sekelian kalinya berlaku perang sms antara saya dan ex-boyfie. Sebab gula. Haha. Ala xde hal la gaduh. Dah ex pun. Tapi sentap jugak la. 

OK. Xiexie. Salam :)



Tuesday, 1 October 2013

Me in UUM.


One day in Perghlis. (perlis je)
Assalamualaikum.

It's been 4th weeks now since i came for my 5th semester.

Cepat je masa berlalu banyak sangat nak dibuat dan telah dibuat sampaikan tengok kalender and nganga! 4 weeks already? haha....

At home, as usual just keep online and sleep. That was totally different when i started my study life. Beginning from 1st week here my schedule was fix with activities. So many thing to be remember and of course so many thing i forgot.

Minggu pertama masuk, my first program was a night with student from Bunkyo University of Japan. Then on friday start proceed with my online business. Topup all the things needed. Then i joined entrepreneur day for my school club selling spaghetti. Last week i prepared my paperwork for the next program. Insha Allah, God willing 'Artistry in Food' will be run as schedule on this coming 6th October-29th October 2013.

Started on 29th September which is last Sunday, Alhamdulillah rezeki dari Tuhan I dpt opportunity to run a small booth representing my club SCOHOST (school of hospitality). They asked me to sell anything i want. Oh gosh! Totally my good fortune and of course i'll do my best.

But of course, rezeki perlu kongsikan. Since 2 tahun buat online business i knew that rezeki memang untuk dikongsi. So i invited 2 friends of mine untuk join sekali by giving capital sikit sorang so that they be my share partner not my staff or just working as tolong-menolong semata. Bila ada sharepartner everybody gained idea macam nak running large company. Memang beza gila dengan buat business sorang-sorang. Biasanya i tak rigid pasal total amount dapat setiap bulan because i knew setiap item dapat untung dalam jumlahnya sendiri. But bila buat partnership ni every 10 sen yang keluar akan dikira dengan tepat. Yelah untung & rugi bersama kan. Ada argument ada reject idea ada kecik hati sikit-sikit ada macam2 rasa lagi lah. Tapi, anggap saja itu pengalaman. Takkan dapat beli sekadar masuk kelas sahaja. Real situation itulah realitinya.

Btw, last week pun ada cerita sikit. First dating for SCOHOST and i met my old friend dari diploma dulu. She's now my junior. 2 tahun tak jumpa nampak lain kot. Ada weird sikit, ada curiosity on apa dia buat selama 2 tahun lebih ni and the reason why dia nak sambung study. Her nama Liang Ai Li. Hihi... Actually dah lama mesej2, chat2 on fb, calling2 because she needs to know a lot about UUM. I remembered first day she came UUM then at night she texted me said 'menyesal datang UUM' because UUM very big. Memang beza dengan politeknik. Then she get blurr by arranging her own class schedule. One thing u should know, once u came here, u need to know how to survive. I like this journey. I like this journey! I yakin, hidup memang macam roda. Susah sekarang, suatu hari akan senang. Which one u prefer? Susah dulu ke senang dulu? Make a wise choice. Now, of course she loves UUM =)
Owh lagi satu, during first dating, as a part of commitee we need to wear blazer. Then i borrow my friend's.
Bila balik dari program i melaram sepuas hati. Yela orang punya biasanya cantik...errrrkkk!!~!


Actually banyak sangat nak cerita sebab tiap2 hari ada je benda dibuat and rasa interesting nak dikongsi. Ada hari yang 2 hari tak tido gara-gara kopi. Alicafe (kuat! fahrin ahmad) and Kopiko L.A Coffe totally sesuai sesangat diambil masa final exam sebab dia hold mata tak kasi tido langsung. Maka pergilah kamu ke kelas tanpa tido di malam harinya hanya kerana kopi. Pastu petang tu panciittt macam orang baru balik perang dengan mata lebam macam keje kuat gila. Padahal tak tido tengok running man bukan buat apa pun. But seriously kalo malam jangan amek 2 kopi ni unless u memang tak nak tido. (maybe jugak lain orang lain kesannya)..

For the tudung, untuk save bujet kita jadi model sendiri...muahahahaha!!! Kredit to kawan2 yang sudi bantu ambil gambar tanpa upah. Sayam korang. Insha Allah rezeki lebih kita open table..

This is for my very own GCH my soul my heart.


Available in GCH.

This week memang terabai sedikit page sebab busy handling booth from 8am-5pm. Hope by next week dh boleh balance antara keduanya.

One day keluar jenjalan then we notice nice view here. Apalagi kite capture picture jap.

Ada macam retiss lambai peminat tak?
-muntah!-



Lagi satu nak cakap i love Perlis. Sebab suasana dia cantik sangat. Along the road nak pergi Kuala Perlis u olls akan disajikan dengan sawah padi yang menghijau. Gambar kat atas tu masa pergi Padang Besar, ada padang yang macam dalam iklan susu Anlene. (iklan dolu-dolu).

Here is sawah padi. Gigih meredah demi sekeping gambar.
-sebenarnya ada banyak gambar-
muahahahahaha!!! next time i tunjuk.


In front of Istana.
Tengah-tengah jalan.
Hebat tak?
Please say yes!


Ok thats all. Kedah pun suka jugak. Suasana Kedah macam Kelantan. Orangnya baik-baik dan cantik-cantik. Emmmm...nak cari calon suami orang kedah boley? Ok bai.

Assalamualaikum <3
TQ.


Wednesday, 11 September 2013

Bunkyo University, Japan

Assalamualaikum.

Mata dah ngantuk level 4. Tersengguk-sengguk kat meja ni ha. Tapi tak boleh tido lagi. Belum makan. Sambil2 nak jerang air masak maggi moh ler ana ceritakan sedikit tentang kunjungan daripada pelajar Bunkyo University of Japan.
Wow! Jepun tuuuuuu...........

Haha..iyele dari Jepun. Datang melawat kawasan. Bila tengok dorang ni macam terfikir pulak. Agaknya kita ni ada la sikit baka dorang sebabnya renek lebih kurang je. Ketinggian macam Melayu. Tapi dorang tak boleh cakap Melayu. Cakap henggeris pun ana kene pasang telinga besor-besor sebabnya henggeris dorang pun bunyi jepun. Dh tu acane? Angguk-angguk geleng-geleng aip aip aip (sambil tunduk badan). 

Ingat nak ushar la kan mana-mana yang rupa retiss sikit. Tapi aku lupa satu benda, manala aku tahu retiss Jepun ni. Yang aku tahu dragon ball jela. Itupun sebab masa kecik hari tu abang aku selalu bangun pagi semata-mata nak nengok dragon ball ada 7 biji semuanya. Lain-lain tadak tahu. 

Malam tu, majlis dibuat untuk derang kenal culture Malaysia. Apa lagi, ajk pakat cari orang melayu cina india buat persembahan. Multi-culture kan. Derang pun excited bukan main. Hambek gambar tak benti. Owh lagi satu, kami hidang makanan melayu kat derang. The sadis part was derang tak tahu cmne nak makan makanan tu. We provide nasi, ayam masak merah, ayam masak kurma, sambal udang, acar timun, dalca dan pisang. Punyala derang tertanya-tanya nak makan cmne so terpaksala kami tunjuk kat derang caranya. Nasi pulak kaler kuning memang pelik la kan. Sebab setahu aku kat jepun pun makan nasi jugak. Yang lembik sikit dari kita punya. Mestila dorang tahu cmno nak makan kan? Ke tak taw? Hahaha, comel2 bila blurr camtu.

Bila part derang buat persembahan, aku macam pelik sikit. Heh apebenda ni. Lama tuh baru aku perasan rupanya derang tunjukkan gambar2 animasi dari negara dorang. Aku dah heran nape semua pakat gelak. Aku buat-buat gelak la jugak last-last baru aku tahu penonton gelak sebabnya tengok topeng kartun yang bebudak jepun tu tunjuk. Aku ingatkan kenapa dorang bawak mask bagai naik pentas. Ingatkan masqurate night ke hape rupanya kartun...hahahha. atoiiiiyai.
Pastu nampak macam menarik sangat hape lagi amek gambor ler ngn mask tu.. aku pun tak tahu apa nama benda ni...



Dah posing dengan topeng moh ler kite amek gambau dengan mereka seketika.

Ok gambar ni nampak aku rendang je kan. Hoi jangan salah faham sebenarnya time ni aku ngah bengkokkan kaki nak kasi orang belakang nampak full. Sebab kimono deme comey..teringin nak pakai...muehehehhehehe.....

Nah ini bukti aku tak pendek sangat. Berdiri sama tinggi duduk sama rendah. Derang comel, cool, manis dan nampak kebudayaan jepun tu. Orang timur memang sopan kan. Yang jadi tak sopannya sebab duk terikut mau jadi hollywood. Betul tak kawan-kawan!!? Betul tak?!!! Give 5 siket!


Masa balik sempat berbai-bai je. Nak mintak no tepon memang aku tak tepon la. Nak mintak facebook malu plak..jadi kita saling bagi senyuman jela. Dapat pahala..

Nah amek gambar peace ni. 
Terima kasih :)




Saturday, 7 September 2013

Chiffon 3 layer

Assalamualaikum.

Di GCH ada 26 koleksi warna chiffon 3 layer yang comel-comel. Our target customers are those yang sukakan warna but not too crowded. Because i am myself kadang-kadang bila nak pakai tudung tingkat-tingkat ni fikir 'it is suitable'. Why3?

Because kepala ni dah fikir, tudung tingkat-tingkat ni ala-ala mak datin atau golongan2 yang suka melaram. Kelas mak. Pakai tudung tingkat2. Jadi, sebab i tak suka yang jenis mewah sangat, i decided to sell tudung 3 layer but with plain chiffon.

It is suitable untuk pakai seharian. Takdela orang nak cakap 'wah, cantik tudung dia' sambil senyum2 sebabnya tudung tak sesuai. Yela pakai time jogging mana nak sesuai kan. Gila kau nak pakai time jogging. Pakai pegi gym ok jugak (hahahahhahahaha).

Nope, actually this is special utk orang yang nak nampak elegen but not overshhh..  Sesuai juga untuk student. Plain but nice. Because i tak suka student yang pakai tudung mahal2 mengalahkan lecturer. Memangla beli ngan duit dia sendiri but then macam tak nice la kan...juz pendapat peribadi. :)

U olls boleh purchase kat sini. Jemput-jemput cuci mata.


Untuk tengok koleksi boleh tengok kat album ni

Harga RM15 sahaja untuk sehelai belum termasuk pos. Harga pos cam biasa ikut harga yang termaktub di poslaju Malaysia.

U olls pm nanti ada admin yang akan reply.

Jemput shopping. Nah hambek sikit gambarnye..




Ada lebih banyak koleksi di page. Boleh lawat page ok. 

Material: Chiffon.
Chiffon bukan jenis yang kain keras nak lap peluh pun tak selera oke. Yang ni kain memang lembut. Nape murah? La tanya pulak. Sebab kita sincere sungguh nak meniaga jadi kita buat sendiri. Boleh la jual murah. wink! wink!

Dengan itu, terima kasih ^_^

Friday, 6 September 2013

Nak promo siket boleh

boleh la ye..kire aci je.

Kite punya page sekarang dah ada macam-macam. Related to girls la. Page tu pun nama GHaDis cHantEk hOusE (GCH) - wardrobe and beauty store. Wah kaler pink lagi. Sukee.....

Dulu jual sikit-sikit yang murah-murah harga mampu milik untuk student. Now Alhamdulillah rezeki dari Allah boleh tambah produk yang demand lebih tinggi. Syukran Ya Allah.

Tak mahu nak cerita panjang. Jom check apa benda la cik zanna jual ye


AURAWHITE
AURASHINE
THANAKA POWDER 110GM
MYRACLES BEAUTY FACIAL COLLAGEN SPRAY
EMILAY WHITENING CLEARSPOT USA
EMILAY COLLAGEN PREMIUM USA
ADVANCE SLIM
MAIXARA C-SENTIAL
MAIXARA WHITE ESSENTIAL
SHAKE N TAKE
EASY SLIM LOTION
FLORAL MASK
FIGURE UP

Saya juga adalah agen untuk produk COSMODERM. Jadi kalau u olls nak cuba boleh la pm je kat page atau sms k. Ada lebih 20 produk dari jenama Cosmoderm ada jual di sini.

Lagi satu, kadang-kadang ada juga stok tudung masuk. Ada halfmoon dan tudung awning. Ada juga stok bawal. Tapi bawal dalam pembikinan...hehehe.. bawal akan diupdate dalam masa terdekat. Honestly tudung bawal ni memang dah banyak kat pasaran. Jadi target customer kite untuk pari-pari yang malas nak pusing kedai. So boleh la pusing2 mata kat page. Nanti buat payment kite deliver serta merta ya. Servis memang tiptop. Believe me bebeh. Kaler bawal nanti memang cantik-cantik agak susah nak dapat warna ni kt pasaran. Nanti check ye. Bila dah upload kite inform. Kalau kite tak inform awak-awak boleh la jenguk2 page kite. Nak tanya pasal produk boleh do so kat sane. Reply within 24 hours. Kalo i olls nampak pm as soon as possible akan reply. Kalo lambat reply means i olls ada kelas.

Produk memang akan di tambah dari semasa ke semasa. Next week akan ada produk baru lagi. In sha Allah kalau ada rezeki.

Nanti kalau terasa nak mencuba boleh la rojer2. 

Thank you geng.



Tuesday, 3 September 2013

Bakal peniaga online

perlu tahu, buat business online ni bukan sesenang yang dilihat. Korang tak pernah cuba, memang korang takkan tahu. Nampak macam simple, post gambar, copy testimoni, jawab soalan yang biasa orang tanya. Boleh belajar senang je pasal produk. Apa susah, memang suplier dh bagitahu apa kelebihan dan cara guna. Kita just inform kat bakal customer sejibik macam boss cakap jela kan. Apa yang susahnya? (peluk bahu mata ke atas bibir mencebik)

Assalamualaikum. Ingat senang macam tu? Dah tu tiap kali post gambar dapat income ke? Tidak sama sekali ye tuan tuan dan puan puan. Tapi takpe, aku takkan cerita pasal pengalaman susahnya buat online business. Sebaliknya aku akan bagi semangat kat korang yang baru nak mula untuk terus kuat.

Apa yang aku lihat, dah ramai kawan aku cuba berjinak-jinak dengan bisnes ni. Kebanyakannya student sebab nak cari side income. Betol tak? Macam aku jugak. Mana cukup wey duit ptptn utk sara 1 sem. Nak makan, assignment, top-up, top-up, top-up, beli baju, tengok wayang, tengok konset lagi, tiket ulang-alik balik kampung bagai. Kalau ikutkan hati yang nak itu ini dalam masa sebulan je duit ptptn bagi boleh licin. Masa tu memang tak ingat la duit tu kene bayar bukannya bapak bagi free. Ye dak?

Ok ok jom story pasal online business. Bisnes ni ada 2 jenis. Samada ko jadi orang tengah jual barang orang (dropship) atau ko beli barang pastu ko jual balik. Dua2 ni aku buat. Walaweyh tamak tol. Sebenarnya macam ni. Aku peniaga kecilan je pun. Jadi sebelum aku ambil dalam kuantiti banyak mestila aku kene tengok market macam mana. Aku kaji-kaji dulu. Ringkasnya, kalau demand tinggi barula aku beli banyak buat stok. Takdela ambil masa lama sangat nak pusing modal kan. Maknanya jual barang yang demand memang tinggi. Masa mula-mula start dulu memang aku jenis beli barang borong. Menyesal pun ada tapi itu pengalaman yang tak boleh lupa. Biasala bisnes memang ada risiko.

Nyesal kenapa? Sebabnya modal keluar banyak tapi barang tak jalan. Itu pengalaman paling berharga aku dapat sepanjang buat online business ni. Punyala excited aku amek stok banyak-banyak sebab itu produk baru yang bakal hot. Kiranya aku nak jadi antara orang terawal yang jual produk tu. Tapi nak buat cmne takde rezeki. Duit burn barang tak sampai separuh pun terjual. Sedih wey.... huk!huk!nanes. Sampai sekarang produk tu tersimpan rapi dalam kotak kat rumah. Tak larat nak promote memang takde sape nak beli. Sob sob.

Apa yang aku nak gtau kat sini wahai bakal-bakal peniaga online especially yang xde modal sangat. Bila korang dah start, teruskan usaha tu. Jangan berhenti separuh jalan. Bila korang promote barang tapi takde sape yang membeli, tapi bagi perli je, jangan give-up. Teruskan usaha. Teruskan meneroka barang apa yang customer nak sekarang ni. Korang takkan kaya hanya dengan 1 bulan menjual online. Tempoh satu bulan hanyalah tempoh untuk korang gtau kat kawan2 yang korang sekarang ada bisnes online. Janganla malu. Nak cari rezeki kan. Believe me, kalo korang tak mudah give-up, income 4 angka dalam tangan setiap bulan. Usaha kenela lebih der. Usaha ciput dapat siput la. Usaha gigih dapat gajah. Kalo korang betul2 serius, bukannya buat sebagai side income, MasyaAllah mesti 5 angka pendapatan korang. Percayalah. Zaman sekarang memang zaman it. Semua benda boleh dapat di hujung jari. Rakyat dah open walaupun ramai jugak penipu2 yang ada tapi lagi ramai yang jujur berniaga untuk sara keluarga. Macam aku. EHE.

Syarat pertama korang kene taat ialah usaha. Takde usaha takde duit. Takde duit xde live la. Camno nak berjimba kalo duit takde. Nak harapkan boifren? Alhamdulillah kalo boifren u olls baik budi nak sara setiap hari. Apa ingat deme bodoh! Sehari dua ok lagi kalo dh tiap-tiap hari korang makan duit deme kene tinggal tepi jalan la jawabnye. Astagfirullah....

Lagi satu KREATIF. Tiap kali promote janganla ko copy ayat sama je. Buat la ayat2 menyentuh kalbu sikit. Kita kan nak pikat customer. Mestila menggoda. Menggoda disini bukanlah maksud ko mesti terkinja-kinja pujuk orang beli barang kau, tapi ia adalah sejenis ayat yang boleh buat orang percaya barang kau memang kualiti tiptop. Paham?

Aku pun tak reti nak senaraikan ciri-ciri peniaga online ni. Tapi kalau ikutkan dengan cara aku, banyak jugak la kene korbankan. Masa tidur, masa seronok, tenaga, masa tengok tv. MASA. Kene spend banyak MASA depan laptop korang. Yang penting jugak, jgn sesekali pos barang kalau customer belum bayar. Nanti kang jadi kes pembeli menipu penjual. Jangan tak cayo memang dah banyak kes dari teman2 aku. AKu? Alhamdulillah tak pernah kene sebabnya aku mata duitan. Kau bagi duit kau dapat barang. Bayaran didahulukan, pendapatan diutamakan.Giteww...

OK ok, sebenarnya banyak lagi nak taip. Sebab dh panjang sangat jadi aku benti dulu. Dah lebih 2000 words agaknye.

Last words, bila korang memang suka buat bisnes, teruskanlah. Jangan buat separuh jalan. Nak bina rumah biar sampai siap. Lagipun perniagaan kan 9/10 punca rezeki. Polish bakat berniaga nanti dh tua dah pencen boleh start bisnes besar dengan duit simpanan. Insya Allah kalau umur panjang la ye..Amin Amin.

Thanks.

Assalamualaikum.

Btw jangan lupa lawat and support page aku ye. Gracias. Xiexie.

https://www.facebook.com/pages/GHaDis-cHantEk-hOusE-GCH-wardrobe-and-beauty-store/339855912696897?ref=br_tf




Saturday, 31 August 2013

Hanya sebab.....

Tuhan, hadiahkan aku satu rasa yang cukup sempurna untuk lenyapkan segala gelisah di hati,
Tuhan, hulurkan aku rasa redha tentang setiap kau atur sehari-hari,

Bismillahirrohmanirrahim.

Andai boleh diputar masa,
untuk aku kembali kuat,
dengan sekuatnya aku tempuhi dugaan dulu,
sebelum aku mencuba memancing harap.

sungguh,
rasa berharap itu sangat kejam,

seandainya mungkin aku tahu dahulu,
tentang keengganan melunas hasratku,
sumpah aku tak perlu berpaling semula
setelah lama aku gagah berjalan terus.

duhai hati,
kentallah.

duhai hati,
bina benteng.
yang tebal, gagah tak berganjak.
hingga tak berani tersakit lagi.
hanya sebab dia.

Saturday, 24 August 2013

Tak puas bercuti lagi :(

A very Assalamualaikum.

Saya dapat waktu cuti yang cukup lama. More than 2 months akan tetapi tahukah anda bahawa 2bulan itu tidaklah cukup untuk melenyapkan segala stress yang datang sewaktu final exam?

Yay!!! Sangat tidak cukup. Walaupun selama 2 bulan itu duduk rumah sekadar makan, tido, masak, jalan-jalan yang dirasakan heaven giler untuk semua orang, tapi pada saya itu tidak cukup lagi. I WANT MORE!

Can't imagine bila dah buka sem nanti, banyak benda kene fokus. Subjek pulak memang membunuh semuanya. Susah beb. Sape kata ambil course hospitaliti senang? Try la ambil. Banyak benda kot nak belajar. (heh mencabar pulak kan. maap ye). Tambah pulak course ni ada yang 4jam kredit kan. Kalau yang 4jam kredit ni tak boleh skor memang drop la pointer tu. So fokus itu penting.

Walaubagaimanapun, life must go on. 1 tahun je lagi pun. Bersabarlah sayang.

Untuk tenangkan hati, selain main masak-masak kat dapur, kita bergelak-gelak dengan Running Man. Lagi pula Joo Won ada drama baru taw. Release August. GOOD DOCTOR. Memang watak dia beza sangat. Rasa nak sekeh-sekeh pun ada. Haha. Bakal doktor mesti suka bila tengok cite ni. Ada potong-potong, tebuk-tebuk, gunting-gunting badan orang. Hahahhahahahaha!!! 




Ha ni dh tengok preview mesti teringin nak tengok kan. Cepat p serbu dramaload sekarang.
Happy watching! <3

Yang student IPT, counting days la kita kn. Beberapa hari je lagi boleh melepak sakan.
Hermmm.
Assalamualaikum.


Saturday, 27 July 2013

First trial always interesting :)

Assalamualaikum.

Bila tiba hari raya~
Semua insan bergembira~
lalalalalalala~~~~~~

Tak perlu nyanyi lirik seterusnya sebab nanti mood bertukar sedih pulak.

Just nak story sikit, the whole night saya berjaga just to make biskut raya. I just expect buat biskut as try and error sebab tak pernah buat. Sepanjang nak buat biskut raya, agak lama jugak ambil masa untuk fikir biskut mana nak buat dulu kan. Sebab resipi google serius banyak banyak banyak sampai pening tak tahu nak start dengan biskut mana satu.

Tapi last-last saya ambil keputusan untuk try dengan almond london dan crystal suji dulu sebab method dia simple dimple. 1 resipi bahagi dua. Sebab nak try and error kan...sebenarnya memang dah tahu akan jadi error...miahahahaha!

Almond london memang biskut wajib ada tiap-tiap tahun. 100% dari kedai. Owh, sebenarnya memang tiap-tiap tahun dari kedai tahun ni je rajin sikit nak membuat sebab jobless kan. Kenela tunjuk rajin kurangkan sikit rasa bersalah sebab tak membantu meningkatkan taraf kewangan keluarga. 

Ini rupa dia. 
Jadi tak? Jadi tak?
Yang best bila buat homemade ni ialah kita boleh kurangkan manis dalam makanan. Hasilnya, almond london ini ialah spesis yang kurang manis and full with badam!
Sebenarnya almond london akan lebih berseri kalau paper cup warna hitam. Take note ye.




Selepas dah siap almond london, mata pun dah minta-minta lelap, kepala pun dah minta-minta bantal. Tapi cik kiah terkejut la. Rupanya dah pukul 2.30 pagi. (apehal jadi cik kiah pulak?).

Baru siap 1 biskut. Lama nau nak siapkan padahal simple je. Kalaulah biskut yang agak2 susah tu mau 1 hari nak siapkan. 

Sebab mata dah ngantuk, jadi kene cari ubat tahan ngantuk. Apa diakah ubatnya?? Hah? 

Sebenarnya untuk hilangkan ngantuk saya perlukan muzik je. Jadi, on radio pepagi buta. Dengar lagu semata-mata sebab dj semua dah tidur lena. Yang bestnya, most of the song adalah lagu raya. Hooray! Hooray!. Berkobar nak buat biskut raya. Serius!

Hati girang gembira. Buat la dengan penuh relax dan confident nya. Crystal suji. 

Dalam perancangan biskut crystal suji akan jadi macam ni.


Cantik kan? Bercahaya gitu...

Tapi kita kene ingat, yang dirancang itu tak semestinya menjadi kenyataan.

First, pewarna ada dua je. Biru dan kuning. So, hentam sajolah hai.
Tapi, bukan pewarna yang buat biskut tu berubah rupa secara total. 
Apakah yang jadi?

Ini dia.

Biskut suji cik kiah
Minta maaf la cik kiah. Rasa serasi pulak letak nama cik kiah untuk biskut suji tanpa rupa ni. 

Cracked, leper, hangit.
Complete set.

Rasa malu pulak nak ngaku saya ex student hotel & katering. Ini cikgu tak ajar ye. Jadi bukan salah cikgu mendidik.

Rasa dia? Ini lagi syok. Manis weyh!!!!
Wallah. Bukan main kat biskut almond london kurang manis kan. Dapat kat suji perggghhh boleh buat air teh secawan. 

Apa-apa pun yang jadi, tetaplah saya akan telan semua biskut ni. Ini adalah hasil tangan saya. Ecehh...

Disini saya nak berpesan, kepada yang tak pernah buat biskut and planned to make cookies this hari raya, buat awal-awal taw. Anggap la kita newbies, kene try-try dulu. Jangan make it like a pro!. Nyesal nanti plus rugi bahan-bahan. Haha..

Anyway, this is valuable experience. Memang macam  guideline la nanti takde la poyo sangat nak buat biskut. Lepas ni confirm time sukat bahan-bahan kene tajamkan mata untuk pastikan ianya betul-betul accurate.

Jadi, gunakan masa untuk buat biskut yang sedap untuk tetamu di rumah anda.

Yihaaa!!! 
Salam :)












Thursday, 25 July 2013

Pesanan untuk yang terluka.



Assalamualaikum dan salam pagi.


Wah title hari ni memang menakjubkan (xleh blah sungguh). 
Penulisan kita hari ni akan jadi berderet-deret sebabnya ini masalah biasa remaja jadi banyak sangat yang nak diperkata. 
Tulisan ini terhasil kerana normal manusia akan lalui broken heart sama seperti Siti, Lina, Peah, Tijah dan saya. (watak tiada kene mengena dengan sesiapa yang namanya sama seperti tertera). 
Sebenarnya memang semua akan lalui broken heart terutamanya dengan the person yang memang kita admire sungguh2 tahap sanggup sehidup semati. 
Normal la. Tiada yang pelik sebab semua orang diciptakan dengan satu rasa nak sayang orang dengan ikhlas. 
Tapi, disangka hujan hingga ke petang rupanya petir kilat di tengah hari. Dan hati pun luluh bagai di siat-siat sampai hilang arah tuju..whoaa! gitu.... 
Ini pun dikira plan yang tak jadi la kan. Let's make it this way. 
'Kan jodoh Tuhan tentukan'. Siapa pun kita, hebat mana pun, tak semua yang kita nak kita akan dapat. 
Macam kat sekolah jugak. Kita nak dapat result ok tiap kali exam. Kita nak cikgu ingat nama kita. Kita nak tergolong dalam hot girls kat sekolah (mungkin tak semua). Tapi siapa je yang dapat semua tu? Even orang yang berjaya menjadi the most famous amous kat sekolah berjaya capai impian lain yang dorang angankan tak? Sure tak kan? 
And i knew one person yang memang famous kat sekolah sampai cikgu pun terpikat, at last lepas sekolah terus kahwin dengan cikgu. Tapi apa yang dia dapat? Yes! Dapat baby but ambition terkubur. Tak dapat nak capai apa yang dia nak. 
That is why people said 'tak semua yang kita nak kita akan dapat'. 
First, kita kene percaya tiap yang berlaku memang Tuhan dah susun cantik untuk kita. Walaupun kita rasa unfair, tak superb, tak selesa dengan hidup kita sekarang tapi sebenarnya Tuhan dah bagi satu anugerah buat kita. 
Akal. 
Kalau ikutkan hati, memang la lepas frust kita akan down giler sampai nak buat keje pun tak jadi apa. 
Tapi kan Tuhan beri akal. Janganlah akal ikut sama kata hati. Sampai bila kita nak rasa sakit sedangkan masa berjalan tak freeze sikit pun masa kita tengah frust tu. (kan elok kalau masa boleh freeze sekejap sementara tunggu hati lapang). 
Tapi masalahnya sekarang ia tidak berlaku (masalah lagi) (-_'-). 
Izinkan saya cerita satu kisah. 
Ada this very kind girl, memang honest and love her partner sehingga dah planned hidup bersama sehingga 50 tahun akan datang. Her imagination memang overload. Saya pun pelik macamana rasa sayang yang super unlimited itu boleh terhasil. Anggap jela dia istimewa sebab boleh sayang orang sehingga tahap itu. Janganla hukum dia dan katakan dia kurang pandai sebab trust guy sampai camtu sebab the guy juga bagi harapan kat dia. But this poorly girl terfrust jugak sebabkan sayang yang overload itu. Then i thought, 'guy not only need love'. -maybe-.------------------------------------

One thing we need to remember is, our broken heart is not the worst. 
Ada ramai lagi yang memang buat khilaf dan terluka. Belum termasuk lagi the partner yang terang-terang curang depan mata. Memang rasa 'si dia' takguna. But chil jela. Terus fokus dengan hidup kita. 
Jodoh itu, bila masanya dia akan tiba. Tak perlu fikir sebab kita tak akan dapat dia macam boleh beli kat pasaraya tesco @ mydin dengan harga murah. 
Jodoh kita anugerah.Anugerah, takkan kita nak anugerah yang common dan biasa2 kan. Of course nak yang betul-betul bernilai. Kalau nak yang bernilai, tunggulah Allah hadiahkan. Akan tiba masanya nanti. Yakin dengan Dia yang ciptakan hati kita. Kita pun istimewa, jadi doakan partner kita nanti istimewa dan bukan datang dengan suka-suka. ya? 
Jadi, biarlah saya berhenti di sini. Terlalu banyak nak cerita nanti main point entah kemana. Harapnya setiap daripada kita fokus dengan hidup sendiri. Kita boleh buat macam-macam dengan hidup kita (yang baik-baik). Kita boleh corak macam-macam untuk jadi 'the person'. Tak nak ke? Bina angan-angan untuk jadi orang berjaya. Belum terlambat lagi. Ayuh bermula sekarang yukk.

Salam sayang :)